DigiByte adalah blokrantaian sumber terbuka yang semakin berkembang dengan pesatnya. Dibangunkan pada akhir 2013 dan diluncurkan pada awal tahun 2014. Setelah tahun pengembangan yang agresif, aktif dan rancangan terkedepan, DigiByte telah menjadi salah satu blokrantaian UTXO yang paling selamat, terpantas, terpanjang dan tidak berpaksi yang pernah dihasilkan.
Ketiga-tiga lapisan tersebut adalah bahagian yang paling inovatif dari blokrantaian DigiByte yang menyediakan infrastruktur, keselamatan dan komunikasi rangkaian supaya dapat berfungsi dengan kadar kelajuan semaksima mungkin.
Lapisan teratas seperti kedai aplikasi dengan penggunaanya yang jelas di Dunia nyata. Semua jenis aset digital dapat dicipta dengan protokol DigiAssets di atas blokrantaian DigiByte. Aplikasi tidak berpaksi (dApps) ini boleh saja dibina di atas blokrantaian DigiByte. Termasuk perjanjian pintar dengan keupayaan ketegasan dan keselamatan blokrantaian DigiByte sehingga ia dapat dikodkan dengan mudah.
Lapisan tengah adalah lapisan keselamatan dan pentadbiran. Digital Byte, mewakili data yang lebih besar atau unit yang memiliki nilai, dan tidak dapat dipalsukan, diduplikasi atau digodam. Memiliki kejar am yang tidak mudah untuk diubah di mana terdapatnya semua transaksi DigiBytes yang telah direkodkan bersamanya. DigiByte menggunapakai lima tata kerja pengesahan algoritma untuk tujuan keselamatan. DigiBytes yang baru hanya boleh didapati memalui aktiviti perlombongan sahaja.
Lapisan bawahnya adalah bahagian prosedur komunikasi dan operasi. Node level rendah adalah cara rangkaian global DigiByte berkomunikasi. Dokongan kuat daripada ribuan pengguna perisian DigiByte di seluruh Dunia. Mana-mana pelayan, komputer, tablet atau telefon bimbit yang disambungkan ke rangkaian DigiByte akan menjadi node yang akan membantu melancarkan transaksi rangkaian DigiByte. Ayuh! segera membantu blokrantaian DigiByte sedapat yang boleh.
Sama seperti laman web ini, blokrantaian DigiByte berorentasikan kepada sumber terbuka sepenuhnya dan bebas untuk digunakan dan didaftarkan di bawah lesen MIT, yang memberi peluang untuk anda menjalankan dan mengubah-suai perisian. Membolehkan pengesahan ketelusan binari secara bebas dan kod sumbernya yang sepadan.
Protokol DigiByte di GitHub.
Pengembangan Teras DigiByte di GitHub.
Menyusuluri karya pembangunan utama blokrantaian DigiByte.
DigiByte (DGB) adalah matawang digital P2P berskala yang membolehkan kelajuan transaksi terbaik setaraf dengan kadar yuran transaksinya yang sangat-sangat berpatutan. DigiByte merupakan kaedah terbaik untuk transaksi dalam talian masa kini.
DigiByte adalah sangat mudah digunalan malah lebih mudah daripada menghantar SMS. Anda boleh menghantar dan menerima DigiBytes menggunakan peranti yang sudah anda kenal dan sukai. Anda hanya perlu memasang Dompet DigiByte yang disokong oleh peranti kemudian klik imbas, imbas kod QR dan hantar DigiByte. Semudah 1..2..3.
Transaksi DigiByte disahkan dalam anggaran 15 saat, iaitu 40 kali lebih pantas daripada transaksi Bitcoin dan 10 kali lebih pantas daripada transaksi Litecoin. SegWit membuka ruang sehingga 1066 transaksi dalam rantai sesaat dan bayaran yuran perpindahannya adalah sangat berpatutan dan menjadikan DigiByte matawang digital yang ideal untuk transaksi seharian malah bersifat pelaburan di dalamnya.
DigiByte dibangun berdasarkan teknologi blockchain Bitcoin yang tidak dapat ditembusi, digodam dan menerapkan pelbagai peningkatan terkini seiring dengan perkembanganmya seperti pengawal DigiShield, perlombongan MultiAlgo dan algoritma Odocrypt. Protokol privasi Dandelion++ juga membantu memastikan anda selamat dengan menyembunyikan IP dan lokasi fizikal anda. Ketahui lebih lanjut.
DigiByte adalah blokrantaian 100% Proof of Work (PoW) yang dapat dilombong dengan lima algoritma yang ditetapkan iaitu Sha256, Scrypt, Skein, Qubit dan Odocrypt. Perlombongan MultiAlgo menyumbang kepada tidak berpaksi, keselamatan rangkaian dan memberi anda kebebasan untuk menggunakan pelbagai jenis perkakasan seperti ASIC a FPGA atau GPU. Ketahui lebih lanjut.
Berbanding dengan 21 juta Bitcoin, 21 bilion DigiByte (nisbah 1000: 1 ke BTC) telah dirancang sebegitu rapi untuk diterima pakai secara besar-besaran. Ganjaran blok DigiByte berkurang sebanyak 1% setiap bulan dan bukannya separuh setiap 4 tahun. Semua 21 bilion DigiBytes akan siap dilombong menjelang tahun 2035. Selepas tahun 2035 para pelombong kemudian hanya akan bergantung pada yuran transaksi. Ketahui lebih lanjut.
Platfom pertukaran yang terlibat dan menyokong DigiByte boleh didapati di Wiki DigiByte.
Penafian Pertukaran
Pertukaran yang diperkenalkan di sini atau di CoinMarketCap hanya untuk tujuan maklumat dan mereka tidak berafiliasi dengan komuniti DigiByte. Sebarang pertukaran boleh daftar DigiByte tanpa kebenaran. Selalu buat kajian anda sendiri sebelum menggunakannya, kemudian simpan DGB anda di dompet peribadi.
DigiAssets adalah terjamin selamat, lapisan berskala di atas rantaianblock DigiByte yang membolehkan pengeluaran aset tidak berpaksi, token, perjanjian pintar, identiti digital dan banyak lagi.
DigiAssets boleh digunakan untuk mewakili apa sahaja yang kita dapati di dunia fizikal dengan selamat. Dari aset ketara seperti harta tanah atau kereta, hingga kekurangan karya seni digital. Dokumen yang ditandatangani seperti surat ikatan dan bil perubatan dapat dilindungi dengannya.
DigiAssets sebagai ekosistem dan platformnya sudah ada beberapa pihak yang berminat dan merancang atau membina platform dalam bidang harta tanah, kewangan, pengiriman wang, identiti, tempat penjualan, perlumbaan, perdagangan, penjagaan kesihatan, rantaian bekalan, kerajaan dan banyak lagi denganya.
DigiAssets memanfaatkan aspek unik dari blokrantaian yang benar-benar tidak berpaksi yang hanya terdapat dalam blokrantaian tanpa izin seperti DigiByte. Ini membolehkan DigiAssets lebih selamat, berskala dan tidak berpaksi daripada platform lainnya di pasaran.
Menerokai spesifikasi protokol DigiAssets sumber terbuka untuk mengeluarkan dan mengurus aset digital di atas Blokrantaian DigiByte. Protokol DigiAsets di GitHub, Pemodenan dan pengembangan teras DigiAssets.
Bukan ahli dan tidak punya kepakaran? tidak jadi masalah! Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan DigiAssets dengan menggunakan salah satu alat yang telah tersedia tanpa perlu mempunyai pengetahuan teknikal mengenai protokol. Perkhidmatan DigiAssets yang disokong.
Tertanya-tanya bagaimana hendak menggunakan DigiAssets? Lawati perkhidmatan yang disokong oleh DigiAssets untuk membeli, menjual, dan menukar DigiAssets.
Perlu lebih banyak bantuan dan maklumat mengenai DigiAssets? Jangan ragu-ragu untuk menyertai kumpulan DigiByte Developers di aplikasi Telegram untuk mengemukakan soalan atau berkongsi idea anda. Pasukan Pembanggunan DigiByte di Telegram.
Carian perkhidmatan yang disokong oleh DigiAssets untuk merasai penglaman sebenar DigiAssets.
Digi-ID adalah protokol keselamatan yang dibina berdasarkan teknologi blokrantaian DigiByte yang memberi kemudahan terbaik kepada pengguna untuk serap masuk ke laman web, aplikasi, dan bahkan ke internet dengan mudah.
Digi-ID menghilangkan nama pengguna, kata laluan dan keperluan 2fa untuk pengesahan. Kerana Digi-ID menggunakan kriptografi kunci awam / peribadi, tidak ada kata laluan atau nama pengguna yang mendatangkan risiko. Kaedah ini bukan sahaja melindungi pengguna, tetapi juga melindungi perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna.
Digi-ID tidak menyimpan data mengenai pengguna di blokrantaian. Ini semakin mengukuhkan keselamatan dan juga meningkatkan keyakinan pengguna akhir bahawa data mereka tidak diintai atau berisiko oleh kecuaian orang lain. Tidak ada titik kegagalan luaran bagi penggodam untuk menyasarkan dan mengeksploitasi platform anda.
Digi-ID adalah percuma! Tidak ada bayaran, perkhidmatan langganan, atau kos penyelenggaraan. Tetapi kosnya adalah ciri kedua terbaik. Ciri utamanya ialah, sesuai dengan keutamaan keselamatan DigiByte, Digi-ID adalah kaedah yang lebih selamat, mudah dan tersedia untuk daftar masuk ke laman web, aplikasi dan banyak lagi.
Laman web, aplikasi atau produk menghasilkan kod QR Digi-ID unik dan jelas.
Pengguna mengimbas kod QR dari mana-mana aplikasi yang disokong oleh Digi-ID.
Pengguna mengesahkan permintaan dengan memasukkan PIN mereka atau mengimbas cap jari / wajah mereka.
Digi-ID menghantar permintaan yang ditandatangani secara kriptografi, setelah selesai proses tersebut, ia kembali dan membenarkan pengguna untuk daftar masuk.
Lokasi terbaik untuk memulakannya adalah Digi-ID.io. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan kelebihan Digi-ID, anda boleh merujuk pada panduan pengguna, panduan vendor dan panduan integrasi. SSekiranya anda mencari media kit, sila rujuk foglio introduttivo dan logo.
Oleh kerana Digi-ID adalah sumber terbuka, banyak repositori kod boleh didapati di GitHub seperti DigiByte Core Development , Matthew Cornelisse dan WHMCSSnow. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak bantuan dan sokongan, sila sertai DigiByte Developers group di Telegram.
Sekiranya anda bukan pembikin aplikasi, anda mungkin mahu menggunakan penyelesaian siap-sedia integrasi untuk laman web atau produk anda. digiassetX menyediakan plugin nodejs untuk penyepaduan yang mudah. Anda juga boleh menggunakan WordPress plugin untuk platfom WordPress.
Sudah tentu! Digi-ID adalah platform yang sangat berkembang pesat. Pelbagai aplikasi pengesah mandiri dan dompet yang disokong Digi-ID boleh didapati di bahagian Muat turun.
Menerokai perkhidmatan Digi-ID yang disokong untuk mendapatkan pengesahan yang lebih baik.
Beribu-ribu sukarelawan dari seluruh dunia telah menyumbang kepada DigiByte dengan pelbagai cara selama bertahun-tahun untuk menjadikannya seperti sekarang. Ini adalah gerakan akar umbi yang benar-benar bermotivasi tinggi. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk menyertai pasukan kami!
DigiByte Alliance adalah sebuah yayasan amal awam di bawah bahagian 501(c)(3) dengan status amal awam di Amerika Syarikat. Matlamat mereka adalah untuk mengukuhkan DigiByte sebagai rangkaian blockchain yang dipercayai dan terdesentralisasi untuk melindungi, menjamin, menyatakan, mencipta dan memindahkan nilai dengan boleh dipercayai dan efisien.
Ketahui lebih lanjut - Hubungi.
DGBAT adalah inisiatif dayausaha masyarakat. Mereka dipimpin oleh satu pasukan, yang keahlian seterusnya menguruskan pasukan di media sosial, pendidikan, penulis dan pengembang. Hasrat mereka untuk mempromosikan DigiByte melalui kempen pendidikan, sebaran maklumat dan aktiviti pemasaran.
Maklumat lanjut berikutnya - Hubungi.
Setiap peserta, bekerja di DigiByte adalah berstatus sukarelawan tanpa gaji. Sertai pasukan sukarelawan pengembangan DGB hari ini atau bina aplikasi anda sendiri di atas blokrantaian DigiByte.
Pembangun DigiByte di Gitter.
Protokol Teras DigiByte di GitHub.
Telegram adalah cara paling popular dan mudah untuk berinteraksi dengan komuniti DigiByte global. Sila sertai dan lihat senarai semua kumpulan DigiByte.
Makluman Perbincangan Sokongan Pembangunan Perlombongan Pemasaran Spekulasi Terjemahan
DigiByte Wiki adalah ensiklopedia dalam talian yang dibina oleh komuniti, untuk komuniti. Ia mengandungi data yang berguna dan terkini seperti DigiByte Eko-sistem dan cara membimbing. Sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan positif kepada Wiki dengan membuat akaun pengguna secara percuma dan mula menambah atau mengemas kini maklumat di DigiByte Wiki.
Amaran Tidak dibenarkan pautan promosi dan rujukan.
Jared Tate adalah pengasas dan pencipta blokrantaian DigiByte. Jared mendedikasikan pembangunan sepenuh masa ke arah DigiByte sejak Oktober 2013. Dia telah dijemput oleh MIT, Harvard dan US Capitol untuk berbicara mengenai teknologi blokrantaian. Dia juga pengarang buku Blockchain 2035 The Digital DNA of Internet 3.0, yang merupakan buku pertama yang ditulis oleh pengasas blockchain.
Penafian Media Sosial
Pendapat peribadi, kepercayaan dan sudut pandangan yang dinyatakan oleh Jared Tate, DigiByte Core Team, DigiByte Alliance & DigiByte Awareness Team tidak semestinya mencerminkan pendapat, kepercayaan dan pandangan peribadi komuniti.
Pilih aplikasi untuk menghantar, menerima dan menyimpan DigiByte & DigiAset anda atau meluncur dengan selamat menggunakan Digi-ID.
Core DigiByte v7.17.3 Semasa
DigiByte Core mengandungi salinan penuh blockchain dan membina tulang belakang rangkaian. Ia biasa digunakan oleh pembangun, pertukaran, dan perniagaan lain, serta ahli komuniti, untuk mendesentralisasi rangkaian dengan menjalankan nod penuh. Ia juga berfungsi sebagai dompet perisian.
DigiByte Core
Tersedia untuk Windows, macOS, Linux & Snapcraft (64 Bit)
Penafian Dompet
DigiByte Core sebagai dompet hanya harus digunakan oleh pengguna lanjutan yang tahu cara menjaga keamanan dompet mereka.
Jika Anda bukan pengguna berpengalaman, Anda mungkin ingin menggunakan dompet perangkat lunak yang lebih sederhana.
Perlu lebih banyak dokumentasi? Sama ada anda memerlukan maklumat asas berkaitan artikel atau maklumat teknikal untuk proses integrasi. Anda boleh dapatkan semua panduan tersebut di bawah.
Penafian Dompet
Semua dompet Pihak Ketiga yang diperkenalkan di sini dihoskan oleh pelayan atau kedai aplikasi mereka sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk kemungkinan masalah yang anda hadapi mengenai dompet Pihak Ketiga. Sebarang kemuskilan, anda seharusnya menghubungi perkhidmatan sokongan dompet yang berkaitan.
Media sosial.
Ikuti DigiByte di semua platform media sosial utama untuk mengikuti berita DigiByte terkini dan kongsi catatan menarik dengan rakan-rakan anda untuk bantu memperluaskan lagi maklumat tersebut ke serata pelusuk Dunia.